Pengenalan:
PEKA= PEKA adalah singkatan daripada PErkumpulan Keluarga Awang. Peka berasal daripada Kampung Silad Kiawayan Tambunan dan sah membentuk sebuah perkumpulan keluarga setelah ahli jawatannya mencukupi pada tahun 1985.
Secara ringkas sejarah pembentukan PEKA: En. Awang Ganing berasal dari Kampung Pintasan Kinabatangan Sandakan. Setelah beliau berusia sebelas tahun, ayah beliau yang mana bertugas sebagai Polis telah dipindahkan bertugas ke Labuan sebelum ke Tambunan, telah membawa beliau dan menetap di Kampung Solibog Moloson Tambunan. Daripada kehidupan yang sedikit maju, beliau telah memulakan kehidupan baru yang lebih mundur. Jauh di belakang kehidupan asal. Beliau mula bertungkus lumus membanting tulang berkerja di sawah padi untuk meneruskan hidup. Beliau mula mengenal erti kehidupan yang perlu diteruskan. Pada ketika itulah beliau mengenal 'poring, basung, wakid, cangkul, barait' dan sebagainya. Beliau juga mula belajar menjala ikan di sungai Pegalan. Beliau tidak mengenal erti boring (bosan) dalam kehidupannya, sehinggalah suatu hari, beliau telah berkenalan dengan seorang gadis kampung iaitu cik Mariana Ebu Yukuan.
Cik Mariana Ebu Yukuan pula adalah penduduk asli Kampung Kiawayan Tambunan. Ia adalah anak kedua dalam lima beradik. Mereka telah kehilangan kedua ibubapa ketika berusia dalam lingkungan sepuluh tahun. Selepas ibubapa mereka meninggal, mereka telah hidup sendiri dan berusaha menjaga adik bungsu mereka yang hanya berusia setahun. Walau bagaimanapun seorang adiknya telah meninggal setahun kemudian selepas ibubapa mereka meninggal. Mereka meneruskan kehidupan dengan mencari sayur (pucuk) atau menangkap ikan untuk ditukarkan dengan beras. Tahun demi tahun berlalu, apabila beliau berusia sekitar 17 tahun, belaiu telah bertemu dengan seorang jejaka yang pada ketika itu menjadi rebutan gadis lain iaitu en. Awang Ganing.
Mereka telah berkahwin dan bersatu membena sebuah keluarga yang sangat miskin. Dengan keadaan yang amat susah mereka meneruskan kehidupan. Tahun terus berlalu tanpa disedari sehinggalah terbentuknya sebuah perkumpulan keluarga yang dinamakan PEKA .
Gambar lawatan PEKA ke Bundu Tuhan, Teman Negara
Mexovie Jainus Awang 13 Poring Ranau 15.12.2007
Mesyuarat PEKA di bilik mesyuarat Retret Bundu Tuhan Ranau 14.12.2007.
Terus bersatu
"Keseimanan dasar perpaduan"
tema Perayaan PEKA 2006
3 comments:
HI...welcome to Tambunan and welcome to PEKA DAY celebrated annually in the month of Deceber...JOM KITA PI SAMA2. Kawankawan kat Sandakan yang suka LECHON dan PAPAIT sila datang....cheers!!
hi.. saya dengar2, ada makan malam PEKA di Hotel Juta Keningau pada bulan May ini.. boli join ka? kami sepasang saja ba...
wow.. saya baca "SELAMAT DATANG KE PEKA TAMBUNAN" sudah 25 tahun PEKA ditubuhkan.. tahan juga kan? biasanya perkumpulan keluarga hanya bertahan selama 2 hingga 3 tahun saja.. apa petuanya?
Post a Comment